Sunday 24 November 2013

JADI HAMBA 30 TAHUN UNTUK UPACARA 'BANCUHAN OTAK DAN PEMUJAAN ???


Tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia yang dikurung sebagai hamba selama 30 tahun oleh dua suspek di selatan ibu negara Britain, dipercayai menjadi mangsa 'bancuhan otak' dan pemujaan.

Siasatan awal polis menunjukkan, ada penduduk di kawasan Lambeth dipercayai turut terlibat dalam upacara pemujaan itu.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki dan perempuan yang ditahan berhubung kes itu pula dilaporkan berasal dari Asia.


Detektif Kevin Heyland berkata, ketiga-tiga wanita terbabit dipukul dan dipaksa hidup dalam keadaan 'digari secara ghaib' kerana mengalami penderaan mental.

Sementara itu, sumber polis berkata, seorang daripada mangsa yang dikurung itu dipercayai dipaksa berkahwin dengan suspek lelaki.

Komander Polis Metropolitan, Steve Rodhouse pula berkata, kes terbabit mungkin mengambil masa yang lama sehingga berminggu-minggu atau berbulan untuk diselesaikan.

"Kedua-dua suspek dibebaskan dengan ikat jamin, semalam, dan dilarang meninggalkan negara ini kerana mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada hujung Januari ini," katanya.

Seorang wanita Malaysia, 69; seorang wanita Ireland, 57 dan seorang wanita Britain, 30, dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas polis mendapat maklumat tentang wanita-wanita berkenaan dikurung di sebuah rumah di daerah Lambeth, selatan London dan dijadikan hamba domestik selama 30 tahun.

Maklumat berkenaan diperolehi daripada pengasas yayasan Freedom Charity, Aneeta Prem (gambar) yang menerima panggilan daripada salah seorang mangsa iaitu wanita Ireland terbabit. Utusan.

No comments: