Thursday, 28 November 2013

DEMI GAJI BESAR MB SELANGOR, HARAKAH PADAM SEMUA ARTIKEL

Siapa yang melahap duit rakyat.....???

Isu kenaikan gaji Wakil Rakyat bagi negeri Selangor sekali lagi dilihat menyesakkan dada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebaik selesai menggarap artikel berhubung perkara yang sama sebelum ini (klik sini), admin mula menggali maklumat melalui google berhubung cadangan Perdana Menteri yang mahu menaikkan elaun Ahli Parlimen pada sessi pembentangan belanjawan 2012.

Berdasarkan semakan yang admin lakukan, keputusan seperti di bawah admin perolehi;



Memandangkan harakah menggunakan slogan "TEPAT DARI SUMBER", maka admin pilih link pertama yang dipaparkan agen carian itu untuk dijadikan bahan rujukan bagi mengetahui alasan- alasan yang digunakan Pakatan Rakyat untuk menolak cadangan Datuk Seri Najib Razak itu.

Admin ingin membandingkan alasan yang digunakan mereka beberapa tahun lepas dan tindakan kerajaan Selangor mahu menaikkan gaji wakil rakyat Selangor. Apakah alasan penolakan yang pernah digunakan Pakatan Rakyat itu sudah tidak relevan sehingga menghalalkan kerajaan Selangor untuk menaikkan gaji wakil rakyat?

Namun, carian admin seakan sudah dapat dihidu. Admin dapati artikel berhubung isu itu telah dibuang oleh portal rasmi PAS yang menggunakan slogan TEPAT DARI SUMBER.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5908-pakatan-tolak-naik-elaun-demi-rakyat

Jika benarlah ianya adalah TEPAT DARI SUMBER, kenapa pula artikel tersebut tiba- tiba sahaja dipadamkan?

Apakah artikel itu terpaksa dibuang demi memastikan Pakatan Rakyat tidak terus dihentam akibat keterlanjuran kerajaan Selangor?

Sekalipun portal Harakah yang menggunapakai slogan TEPAT DARI SUMBER itu telah memadamkan artikel tersebut, admin masih meneruskan usaha mencari artikel berkaitan.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan sebuah blog pro Pakatan Rakyat, alasan mereka untuk menolak cadangan Perdana Menteri sebelumnya adalah seperti berikut;


http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/10/bajet-najib-pakatan-tolak-naik-elaun.html

Persoalannya, apakah semua kriteria yang disebutkan Anwar Ibrahim untuk menolak cadangan Perdana Menteri itu telah dipenuhi oleh Kerajaan Selangor?

Mungkin Khalid Ibrahim punya jawapan untuk segalanya.

Kredit to : penggempurmutiara

Teman kata  :  Kalau kerajaan BN yang menaikkan gaji seperti itu, bergantang-gantang maki hamun  yang puak2 PR sedekah! Makan duit rakyat laaa....makan gaji buta laaa....macam2 lagi lah!! Tapi kena tang kerajaan PR.... korang menikus ye, siap padam2 artkel terdahulu.... Bacul! Dayus!

No comments: