Friday 4 October 2013

PEMBUNUH PENGASAS ARAB MALAYSIA BANK DI BAWA KE MUKA PENGADILAN


Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Arab Malaysian Bank

Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi atas tuduhan membunuh pengasas kumpulan perbankan Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, 29 Julai lalu.
Koong Swee Kwan, 44 tahun, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Koong didakwa membunuh Hussain, 75 tahun, di tempat letak kereta tokong cina Kuan Yin, Lorong Ceylon, Dang Wangi, pada jam 1:30 petang hingga 2 petang, 29 Julai 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Koong turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan ke atas isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49 tahun, di tempat dan masa yang sama.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.
Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan kes.

No comments: