Saturday, 5 October 2013

MISTERI PEMBUNUHAN DI MALAYSIA YANG BELUM SELESAI ( PART II )

SAMBUNGAN DARI PART I..... LIHAT DI SINI

4.  BERAKHIRNYA KESENGSARAAN HIDUP....




Xo Jian Huang, 14, warganegara China telah dihantar untuk menetap di Malaysia bersama sepupu bapanya. Bagaimanapun, pada 27 September 2005, dia dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam renang dengan 23 kesan dera di seluruh badan mangsa.  Siasatan membawa kepada penangkapan dan perbicaraan melibatkan tiga lelaki yang dituduh membunuh Xu - bapa saudaranya seorang ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua orang pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohd Najib Zulkifli.


36 hari perbicaraan berlangsung telah menyebabkan gelaran 'Datuk Seri' ahli perniagaan itu dibatalkan. Bagaimanapun, disebabkan timbulnya keraguan yang tidak dapat diselesaikan dan tidak dijawab, ketiga-tiga suspek itu bebas daripada membunuh mangsa.  Bukan itu sahaja, saksi yang sepatutnya hadir semasa perbicaraan dikatakan telah hilang menyebabkan ketiga-tiga suspek itu dilepaskan.

Memetik laporan media pada 2010, pihak pendakwaraya membuat rayuan untuk menentang tertuduh dan Koh yang terkenal dengan personaliti korporatnya berjaya menghilangkan diri.  Pada sidang rayuan, seperti dijangka, Koh tidak menghadirkan diri pada semua sessi rayuan.  Pada 2010, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Koh masih menghilangkan diri.  Adakah dia yang menyiksa anak saudaranya ? Adakah pengawal peribadinya turut terlibat ?  Kenapa ada saksi yang hilang ?  Macam mana dia boleh menghilangkan diri.....polis tak dapat kesan ke?


3.  WANITA ILMU HITAM



Kes tersebut telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup.  Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta ini.  Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami dan pembantu beliau.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.  Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan.  Tiada siapa yang hidup pada era 90an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey - Mazlan Idris.  Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnya satu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.   

Mayat Mazlan kemudian ditanam di dalam stor berhampiran rumahnya di Pahang.  Apa yang dianggap sebagai 'belum selesai' ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke muka pengadilan.  Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata 'aku takkan mati' dan kekal tenang dengan senyuman di bibirnya.....

2.  TRAJEDI PEMBUNUHAN KETUA POLIS NEGARA




Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3.  Pada 7 Jun 1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman, kereta yang dipandu oleh Sarjan Omar Yunus yang melalui Jalan Tun Perak telah dihujani beberapa das tembakan.  

Dua penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan 11 das tembakan pada kereta tersebut di mana tujuh das terkena KPN.  Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yang datang dari kalangan komunis.  Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaysa, Chin Peng yang mengeluarkan arahan bunuh.  Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.  

Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalah membunuh Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh.  Kemudian timbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang sama menyerang Abdul  Rahman walapun tiada bukti kukuh.  Lin dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  

Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuh upahan yang membunuh Abdul Rahman


1.  TRAJEDI KEMALANGAN PESAWAT NEGARA




Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan.  Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama 7 krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.  

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira 2 kilometer persegi dari titik hentamannya.  Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K.Ganjoor dan pembantunya Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang  menuju ke Lapangan Terbang Subang.  

Sebelum sempat melakukan pendaratand i Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang dikendalikannya.  

Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman itu mendarat dengan selamat.




Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.  

Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri.  Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama 7 krew itu penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah.  

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, trajedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua Pegawai Bank Dunia, O.D.Hoerr dan S.A.Naime.

Beberapa spekulasi  'Japanese Red Army' adalah pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada bukti ditemui untuk menyokong teori tersebut.  Ia kekal sebagai memori tragis dalam sejarah penerbangan komersial negara ini dan kematian kesemua anak kapal pesawat berkenaan menjadikan trajedi ini berada di tangga teratas MISTERI........................



Wallahua'lam...........................


No comments: