Saturday 5 October 2013

MAYAT 2 LELAKI DIBUNUH KEJAM DALAM BONET KERETA WAJA


BAGAN SERAI :  Mayat dua lelaki yang dipercayai dibunuh dengan kejam dengan diikat kaki dan tangan serta muka diserkup dengan plastik lutsinar ditemui disumbat dalam bonet sebutah kereta jenis Proton Waja di Kawasan Rehat  dan Rawat ( R & R ), Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan, di Alor Pongsu petang tadi...


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mayat berkenaan dijumpai dalam kereta yang diletakkan di depan tandas wanita kawasan R&R itu, selepas polis mendapat laporan daripada orang awam yang curiga mengenai bau busuk serta lalat menghurung bonet kereta itu.

Menurut sumber, polis yang sampai  ke lokasi penemuan kereta mendapati ia dalam keadaan berkunci dan kemudain teraksa bertindak memecahkan cermin tingkap pintu belakang bahagian pemandu untuk membuka kereta bagi memeriksa bonet.

"Sebaik bonet kereta itu dibuka, anggota polis menemui dua mayat lelaki yang diikat kedua-dua tangan dan kaki serta muka diserkup dengan plastik".

"Berdasarkan maklumat awal dari orang awam dan pekerja lebuhraya itu, kereta Waja berwarna silver berkenaan dipercayai sudah ditinggalkan di lokasi berkenaan sejak waktu senja semalam, namun tiada siapa mengesyaki apa-apa kerana belum berbau busuk ketika itu", katanya di sini hari ini (semalam)

No comments: