Tuesday, 1 October 2013

CEC DAP : CINA ANTI MELAYU...???


SHAH ALAM : Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pemilihan semula parti itu semalam membuktikan parti itu masih tidak ikhlas dan menolak kepimpinan tertinggi dari kalangan orang Melayu. 

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, pengiktirafan yang diberikan kepada beberapa ahli Melayu hanyalah sekadar ‘token’ bagi mengaburi mata rakyat. Malah katanya, kemenangan Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari sebagai calon 'Melayu' tunggal disifatkan sebagai antara Melayu yang bernasib baik dan 'laku' ekoran keistimewaan yang diberi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu. 

"Orang Melayu lain (dalam DAP), macam yang dikata sebelum ini Melayu 50 sen, Zairil barangkali Melayu 75 sen. Tapi parti ini kita tengok mereka tak mahu Melayu dalam apa jawatan. Jadi mereka hanya mahu Melayu jadi macam ‘token’ saja. 

"Ahli yang berkata 'ya' dan tidak menimbulkan masalah (akan diperlukan), tapi ahli yang sudah melihat keadaan sebenar mereka tak akan bertahan, mereka akan tinggalkan (parti). Saya pun tinggalkan, selepas melihat apa yang berlaku. Kami bukan kanak-kanak," kata beliau kepada Antarapos. 

Pada pemilihan semula itu semalam, Zairil memperolehi 1,132 undi sekaligus membolehkannya menduduki tempat ke-12 dalam senarai 20 anggota jawatankuasa tertinggi parti itu. Zairil dalam pemilihan CEC Disember tahun lalu hanya sekadar menduduki tangga ke-20 selepas kiraan semula dilakukan, dan berjaya memperoleh 803 undi. 

Manakala calon Melayu lain yang turut bertanding dalam pemilihan CEC semalam, langsung tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 20 anggota jawatankuasa. 

Mereka termasuklah Naib Pengerusinya Senator Dr Ariffin S M Omar (441), Ahmad Ton (351), Zulkifli Mohd Noor (220), ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441), Solaiman Op Syed Ibrahim (103) dan Roseli Abdul Gani (61). 

Ariffin kemudiannya dilantik menganggotai CEC bersama sembilan pemimpin DAP lain. Keputusan semalam juga memperlihatkan Setiausaha Agung dan Penasihat parti itu, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang mengalami kemerosotan undi. Guan Eng memperoleh 1,304 undi, berbanding 1,576 undi pada pemilihan CEC Disember lalu. 

Manakala Kit Siang mendapat 1,436 undi, berbanding 1,607 undi sebelum ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menduduki tangga teratas dengan memperoleh 1,438 undi. Mengulas berkenaan hal tersebut, Tunku Aziz menyifatkan perkara itu adalah isyarat yang jelas daripada akar umbi bahawa mereka sudah jelak dengan permainan kedua beranak itu. 

Tambah beliau, sekiranya benar DAP mengamalkan priinsip demokratik, jawatan Pengerusi CEC harus diberi kepada Chin Tong. "Kalau dia dapat nombor 1 maknanya dia popular. Ahli percayakannya dan yakin dengannya. Dia patut menjadi Pengerusi CEC. "Kerana saya rasa mereka tak percayakan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang lagi," katanya. 

No comments: