Beliau berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada calon termasuk memperkenalkan diri kepada perwakilan menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Bagaimanapun tataetika pemilihan parti harus dipatuhi oleh semua calon, mereka harus akur di mana tidak boleh menyentuh isu peribadi dan memburukkan calon lain ketika berkempen (menggunakan laman sosial)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Dialog: Agenda Alif Ba Ta (Agama, Bangsa Tanah Air) anjuran Pertubuhan Kebajikan Amanah Malaysia Sejati, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013, yang membenarkan calon-calon bertanding dalam pemilihan kali ini untuk berkempen menggunakan laman sosial.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah menyarankan calon memaklumkan kepada pihak Badan Perhubungan Umno Negeri sebelum menghadiri mana-mana acara atau majlis tidak rasmi.
Katanya, ini bagi membolehkan aktiviti kempen calon-calon tersebut dapat dipantau agar tidak melanggar atau menyalahi etika parti.
"Badan Perhubungan Umno negeri membenarkan calon-calon di semua peringkat memperkenalkan diri mereka kepada perwakilan, bagaimanapun aktiviti mereka ini perlu dipantau," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment