Tuesday 1 October 2013

TIADA PERUNTUKAN : AGENSI KERAJAAN DIARAH TUTUP


WASHINGTON - Pengarah Pengutusan dan Bajet White House, Sylvia Mathews Burwell semalam mengarahkan agensi-agensi kerajaan ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan.


Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan kini perlu melaksanakan rancangan untuk ditutup ekoran ketiadaan peruntukan. 

Arahan tersebut dikeluarkan kira-kira 10 minit sebelum kewangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) habis dibelanjakan selepas sehari perdebatan di Dewan Perwakilan yang didominasi Parti Republikan dan Dewan Senat yang menyaksikan kerusi majoriti dipegang oleh Parti Demokrat. - AFP

No comments: