Sunday 29 September 2013

LELAKI 'GILA SEKS BERSIRI' DITAHAN POLIS


BATU GAJAH  : Polis menahan seorang lelaki 'gila seks bersiri' dipercayai terbabit dalam satu kes rogol, satu kes liwat dan dua cubaan merogol wanita berasingan antara 11 hingga 28 September lalu. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif, berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumah keluarganya di Taman Batu Gajah Perdana di sini kira-kira jam 3.45 petang semalam. 

"Polis turut merampas sebuah motosikal, beberapa pakaian termasuk vest polis dari rumah berkenaan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini. BH

Gambar sekadar hiasan.... hrp maklum....

No comments: