Sunday, 29 September 2013

KPDNKK 'NAIK MINYAK' ARAH SKMM BURU BLOGGER DAN FACEBOOKER SEBARKAN HARGA 'MINYAK NAIK....!!!



SKMM telah diminta oleh KPDNKK untuk menyiasat dan menangkap serta mendakwa Blogger serta Facebooker yang telah bikin havoc satu dunia dengan berita kononnya Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga petrol RON95 sebanyak RM0.10 menjadi RM2.20 dua hari sudah.

Berita tersebut telah mencetuskan fenomena panic buying, menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak seolah-olah dengan sekali isi mereka tidak perlu lagi mengisi minyak untuk suatu tempoh yang amat panjang atau sekurang-kurangnya sehingga harga turun semula.

Seronok dengan penyebaran berita palsu tersebut, para penyokong Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk memomok-momokkan Kerajaan UMNO-BN kononnya tidak prihatin dan mengambil kesempatan daripada kemenangan pada PRU13 lalu untuk menekan rakyat marhein.

Hakikatnya, berita tersebut tidak benar dan tidak berlaku sebarang peningkatan harga atau pengurangan subsidi sepertimana yang disebarkan oleh pecacai Pakatan Rakyat.

Penyebaran berita palsu yang mencetus kepada panic buying, sebenarnya boleh menyebabkan kemusnahan besar kepada kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Apatah lagi panic buying melibatkan komoditi asasi seperti bahan bakar.

Spekulasi seperti ini sebenarnya boleh menjurus kepada huru-hara dan merencatkan pelbagai perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan. Walaupun bagi sesetengah golongan yang berfikiran sempit dan melihatnya sebagai kaedah berpolitik yang boleh memberikan keuntungan besar, hakikatnya keuntungan besar yang difikirkan itu sebenarnya adalah kerugian jangka panjang untuk semua sektor dalam negara.

Justeru, tindakan KPDNKK meminta SKMM melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab dan berasa seronok menyebarkan berita palsu hanya untuk memadankan Najib Abdul Razak dan kerajaannya, amat dialu-alukan.

Cuma, diharapkan kenyataan Menteri yang cukup dikenali sebagai MENTERI AYAM itu bukanlah bersifat GEMPAR semata-mata sebaliknya direalisasikan menerusi TINDAKAN!!!

No comments: