Tuesday, 10 September 2013

KEMALANGAN BERSAMA ANAK : PETUNJUK NABILA 'ANAK DERHAKA'......???

BACAAmy Search Anggap Petunjuk Kecil Dari Tuhan Untuk Nabila Huda

Nampaknya ada kisah di’sebalik kenyataan Amy Search yang mengatakan kemalangan menimpa Nabila Huda & anaknya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk diri anaknya itu.


nabila huda kemalangan


Isteri Amy Search & juga ibu tiri Nabila Huda, Nourish Hassan mendedahkan yang suaminya itu pernah meluahkan rasa sedih selepas anaknya itu tidak pulang beraya pada Aidilfitri yang lalu.
“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.
“Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis”
“Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya”
“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah,” cerita Nourish.
Menurutnya lagi, Amy Search sangat berkecil hati apabila Nabila Huda tidak pulang berhari raya ke rumah tetapi rela meluangkan masa di rumah rakannya di Singapura. RotiKaya

No comments: