KERANA nak kekal cantik, menawan dan sentiasa kelihatan muda, wanita terutamanya selebriti sanggup lakukan apa saja. Tak kiralah apa keturunan dan agama selebriti tersebut...yang penting... CANTIK..!!! Pembedahan plastik contohnya... Kemudian, suntikan botox....suntikan vitamin C.... dan terkini dari artis Ifa Raziah.... suntikan placenta biri-biri.... Kalau nak disebut ikut bahasa pasar... CUCUK URI KAMBING BIRI-BIRI....!!!Erkkk..!!!
Dari beautifulnara....
Patutlah Abang Nara tengok Ifa Raziah ini seperti tidak dimamah usia. Muka maintain macam anak dara umur 20-an. Ada rahsia di sebaliknya. Rupa-rupanya Ifa Raziah mengambil suntikan plasenta biri-biri dan melakukan rawatan ozon untuk kekal tampil jelita seperti sekarang.
Secara jujur, ini pertama kali Abang Nara mendengar mengenai suntikan plasenta biri-biri. Tak pernah tahu pula biri-biri ada kegunaan seperti ini. Ingatkan untuk dimakan sahaja. Kira baguslah Ifa ini sebab mengamalkan suntikan semulajadi dan bukan botox seperti yang biasa dilakukan selebriti lain. Kata Ifa Raziah kepada SinarHarian:-
Ya, tetapi bukan suntikan seperti botox dan saya tidak pernah mengambil botox. Sebaliknya saya mengambil suntikan plasenta biri-biri untuk kecantikan kulit setiap tiga bulan sekali dan turut melakukan rawatan ozon bagi membersihkan darah kotor.Boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali saya akan membuat rawatan Ozon bagi membersihkan darah kotor dalam badan. Badan kita ini juga diibaratkan seperti kereta yang perlu di selenggara, apabila kita makan bermacam-macam, jadi banyak toksik dalam badan. Justeru saya buat rawatan ini lima atau enam kali setahun bagi memastikan badan kita mempunyai darah baru yang sihat.Saya akan menghabiskan kira-kira RM2,000 sebulan untuk kecantikan, manakala kos untuk suntikan sheep placenta pula adalah RM2,000 dan untuk rawatan ozon kira-kira RM1,500.
***Tertanya-tanya laa... mcm mana uri biri-biri tu diambil ekkk? Tunggu biri-biri tu beranak dulu ke?
No comments:
Post a Comment