Thursday 1 August 2013

(VIDEO) : SUASANA PILU SELEPAS MENDIANG CHUA BOON HUAT SELESAI POST-MORTEM


Suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat, Pusat Perubatan Universiti  Malaya, Petaling Jaya selepas mayat pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat selesai menjalani bedah siasat.

Pemeriksaan mendapati mendiang cedera parah di tengkuk dan kepala selepas kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang lori tangki air di Kilometer 10.9 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Turut berada di perkarang hospital pagi tadi, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia  -  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Belia dan Sukan  -  Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)  -  Datuk Seri Zolkples Embong.

Mayat mendiang akan dibakar pada Isnin ini di kampung halamannya di Semabok, Melaka.

Lihat video .... di sini

No comments: