Sunday, 4 August 2013

THE NEW PAPER BERNIAT JAHAT


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat. 



Sebaliknya, Khalid menegur akhbar itu agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia. 

“Ia adalah satu kenyataan jahat…eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Selamat datang ke Malaysia di mana…kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal’ yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000). 

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina.


Tapi, disebalik kenyataan atau berita yang dipaparkan di atas, ianya telah dinafikan oleh editor 'The New Paper", kesal dituduh berniat jahat. Baca artikal dan kenyataan beliau di atas. Mari kita sama-sama mencari rumusan setelah agama Islam di hina, kini negara kita pun dihina dan diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah kerajaan hanya berdiam diri dan meminta editor akhbar tersebut meminta maaf? Apa motifnya...beliau dan negaranya Singapura sahaja yang tahu. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. sumber

No comments: