TIDAK ramai yang mengetahui bahawa mendiang Chua Boon Huat sebenarnya adalah pengasas kepada satu teknik pukulan dalam sukan hoki yang dinamakan 'slapshot' yang mula dipraktikkannya pada 1998.
Teknik pukulan itu kini cukup popular di seluruh dunia.
'Slapshot' adalah teknik pukulan yang mirip kepada tolakan tetapi teknik itu membolehkan bola bergerak laju tanpa perlu melakukan hayunan tinggi.
Individu yang rapat dengan mendiang Boon Huat, penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar, iaitu antara orang terakhir bersama mendiang beberapa jam sebelum Boon Huat maut dalam kemalangan jalan raya Khamis lalu berkata, dia mula melihat pemain itu menggunakan teknik slapshot pada 1998.
"Ketika itu jurulatih skuad kebangsaan adalah Paul Lissek dan dia tertarik dengan teknik pukulan slapshot yang dilakukan Chua.
"Saya masih ingat wajah kagum Lissek yang memerhatikan gaya Chua melakukan pukulan sehingga Lissek bertanya kepada Chua 'di mana kamu belajar buat pukulan macam ini?'.
"Chua cuma membalas bahawa dia belajar sendiri. Selepas itu kami dapat lihat teknik tersebut digunakan oleh pemain lain dan berkembang," kata Kumar kepada Mingguan Malaysia.
Boon Huat, 33, meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong, awal pagi Khamis lalu.
Sementara itu, Kumar turut memberitahu, majlis makan malam dan penyampaian insentif kecemerlangan kepada pemain hoki di sini Rabu lalu adalah kali terakhir dia bertemu mendiang.
"Dia (Boon Huat) memang gemar bergurau. Pada majlis tersebut kami banyak bergurau terutamanya tentang berat badan masing-masing yang semakin naik.
"Bagi saya dia seorang yang baik hati dan akan menolong rakan-rakan jika berkemampuan.
"Paling menyentuh perasaan saya ialah sehari sebelum majlis penyampaian insentif tersebut, Chua memberikan idea kepada kami yang bukan beragama Islam agar memakai baju kemeja putih serta berseluar hitam.
"Pakaian yang sama juga masih dipakai mendiang ketika mayatnya ditemui dalam kemalangan maut Khamis lepas," kata Kumar.
Menurutnya, mendiang akan terus diingati buat selamanya dan akan kekal sebagai legenda hoki negara.
Chua Boon Huat 1980-2013

No comments:
Post a Comment