Wednesday 28 August 2013

'SURAU BUDDHA' DIROBOHKAN

alt

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sebuah surau yang menjadi upacara sembahyang sekumpulan penganut Buddha di Kota Tinggi Johor dilaporkan telah dirobohkan.

Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim berkata, arahan mengeluarkan notis  merobohkan surau milik sebuah resort di Kuala Sedili Besar sejak 20 Ogos lalu kerana kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran.

“Kita telah serahkan notis pada 20 Ogos lalu dan memberi tempoh kepada pengurusan resort untuk lakukan kerja-kerja perobohan dalam tempoh 21 hari.

“Keputusan diambil setelah mendapati pembinaan surau berkenaan tidak mendapat sijil menduduki (CF), jika mereka tidak beri kerjasama kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyifatkan tindakan sekumpulan penganut Buddha menggunakan surau sebagai tempat melakukan ibadah agama mereka sebagai menghina Islam.

Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan tegas sewajarnya diambil terhadap kumpulan tersebut dengan menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang kumpulan sedemikian memasuki negara ini. SUMBER

No comments: