Friday, 16 August 2013

MENYEMBAH JESUS DALAM MASJID, AGENDA EVANGELIS...???


Umat Islam di Tanah Air digemparkan dengan laporan pelbagai media yang menyiarkan gambar penganut agama Buddha mengerjakan upacara keagamaan mereka di sebuah surau dalam sebuah taman peranginan di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Namun, puak evangelis Kristian telah lebih jauh merancang untuk penganut Kristian melakukan penyembahan kepada Jesus mereka di dalam masjid. Ini tidak mereka sembunyikan. Ini telah dilaporkan dalam majalah utama mereka awal tahun ini. Mereka juga telah pun menguar-uarkan antara lain turut membolehkan orang-orang Kristian meniru solat orang Islam sebagai salah satu strategi menarik orang-orang Islam untuk murtad.


Untuk itu satu Wacana Agenda Kristian yang akan diadakan pada hari Sabtu 17hb Ogos 2013 nanti antara lain akan mendedahkan pelbagai tipu muslihat para evangelis pendakyah Kristian untuk memujuk orang-orang Islam terutama orang-orang Melayu di Tanah Air kita untuk murtad meninggalkan agama Islam.

Program anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan diadakan seperti berikut.



Apakah mereka kini sudah melakukan upacara baptis untuk orang-orang Melayu yang murtad atas nama ALLAH ?

Wacana ini akan mendedahkan pelbagai penipuan tersebut dari sumber bahan-bahan Kristian sendiri yang tersimpan dalam peti-peti besi mereka dan juga yang dari dokumen-dokumen sejarah serta dari pelbagai bahan bacaan yang boleh kita sebagai orang awam aksesnya dengan mudah.

Dalam masa yang sama pasti ramai yang bertanya kenapa perlunya dibuat Wacana Agenda Kristian Sedunia di waktu umat Islam di Malaysia masih sibuk berhari Raya dan ada yang masih belum sempat pulang dari kampung.

Dan di bulan Syawal ini pula terdapat banyak jemputan rumah terbuka Hari Raya. Mengapakah penganjur tidak memilih tarikh lain?

Sebenarnya umat Islam di Tanah Air ini perlu ingat bahawa 22hb Ogos terdapat pendengaran notis perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan kes kalimah Allah. Pendengaran kes pada hari tersebut amat penting dan kritikal. Ianya merupakan pendengaran notis batal rayuan oleh pihak gereja terhadap rayuan kerajaan, jabatan-jabatan agama Islam negeri serta MACMA.

Jika pada 22hb Ogos (Khamis), Mahkamah Rayuan yang  mendengar notis tersebut bersetuju untuk membatalkan rayuan umat Islam maka secara automatik rayuan penuh kes ini yang akan bermula pada 10hb September gugur dengan sendirinya.

Maka habislah maruah umat Islam di Tanah Air ini dan keputusan kes kalimah Allah yang dibuat pada 31 Dis 2009 akan berkuatkuasa dengan membenarkan pihak gereja bebas mengguna kalimah Allah.

Oleh yang demikian MMI bersetuju dengan PEMBELA dan MAIM untuk menyeru seluruh umat Islam untuk memberi perhatian serta sokongan untuk sama-sama hadir sesi taklimat khas dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia pada 17hb Ogos (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam nanti.

Nantikan artikel seterusnya berkenaan kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan , Putrajaya.


1 comment:

maae said...

Perkuatkan JIHAD. Kita tidak boleh kalah dan tunduk pada musuh Allah. Jihad di sini bermakna kita umat Islam mesti mengatasi mereka dengan ilmu-ilmu Allah. Kelak akan ada hidayah dari Nya. Siapa mesti berada di barisan hadapan ?
Tidak lain, Mufti-Mufti, Sekelian Ulama dalam Ilmu Kepakaran mereka, Para Pendakwah bertauliah, Para Ilmuan Benar Islam, Para Imam bertauliah dan barisan nya, Para Makmum Mukminin Mukminat, Muslimin Muslimat dan kalangan yang di terangkan dalam Al Quran dan Jemaah biasa seperti kita semua yang Cinta akan Allah, Rasul dan Nabi, Ahli Ambiyaa dan Ahlul Bait.

Islam itu suci. Al Quran itu terpelihara. Allah itu benar. Segala-gala dari NYA ada lah benar. Jika di tulis Ilmu-Ilmu Allah dan di tambah lagi tujuh lautan lagi, akan kering air nya juga di umpama dakwat tinta demi tiada sempadan nya Ilmu Allah tersebut.

Iman kita sekarang teramat nipis. Islam kita tidak lagi bersandarkan Ilmu yang Benar. Dalam masa yang sama di hancurkan oleh pihak-pihak yang berfahaman liberal jahilliah( terma saya). Itu kenapa sentimen bukan Islam membolosi Islam dengan seribu tipu daya kini merobek akidah dan keimanan majoriti Islam yang lemah. Apa lagi yang sudah di pengaruhi oleh sekular yahudi zion dan komunisme.

Semoga Allah SWT melindungi kita dari pengaruh dajjal. Mereka semakin hampir. Pergolakkan Negara Islam di Asia Barat khas nya, Umat Islam lain nya semakin di cabar dengan provokasi terangan dan halus. Musuh Islam punya penyokong dan tabungan dana yang besar.

Umat Islam masih ketinggalan. Bukan dari segi permodenan! Tetapi dari segi rohaniah umat Muhammad ! Jiwa dan rohani ini telah semakin hilan kerana Ilmu-Ilmu semakin hilang kerana kehilangan tokoh-tokoh tersohor Islam, di warisi pula Para Ulama dan tokoh- tokoh terkini yang mendiamkan dan mematikan diri dan tidak pula bertindak sebagai Sunnah Wal Jammah seperti di tuntut. Hanya retorik di atas kerusi empuk dan keselesaan hidup masing- masing.....

Jika lah PAS itu benar perjuangan nya..... malang kerana sebahagian mereka sememang nya ahli-ahli neraka.... Sebahagian nya diam seribu bahasa.

Bukan kah Allah SWT itu penyelamat kita ? Kenapa "ber tok pek kong" kepada manusia menjadi pilihan? Dosa besar dengan dosa tidak terampun kesyirikkan yang teruja kita lakukan !

Umarak dan Ulama dua perkara berbeza jika terasing. Umarak yang juga Ulama yang BENAR itu lah sudah pasti pilihan kita semua yang mukmin.

Kita berusaha. Kemudian kita bertawakkal lah. Kita perbanyakkan solat hajat, berdoa berjemaah di dalam rumah Allah. Janji Allah SWT itu BENAR.

InsyaAllah.