Friday, 16 August 2013

( VIDEO ) PERGOLAKAN MESIR : RATUSAN MAYAT BERGELIMPANGAN, ADA YANG DIBAKAR HIDUP-HIDUP..... MASYAALLAH..!!!

Ipoh: “Mayat ratusan lelaki, wanita warga emas dan kanak-kanak bergelimpangan apabila ditembak di hadapan masjid. Malah ada antaranya dibakar hidup-hidup oleh anggota tentera,” kata jurucakap pertubuhan Ikhwanul Muslimin, Ahmed El Kady yang terselamat dan menyaksikan sendiri serangan gila pihak keselamatan Mesir, awal pagi kelmarin.



Dia yang ‘berkampung’ di Dataran Raba’ah al-Adawiya, Kaherah, sejak Presiden Mesir, Muhamed Mursi digulingkan tentera pada 3 Julai lalu berkata, kekejaman pasukan keselamatan Mesir sukar digambarkan, malah disifatkan luar biasa zalim.



Beliau yang berjaya dihubungi wartawan Harian Metro, pagi semalam, berkata serangan mengejut yang berlaku kira-kira jam 7 pagi kelmarin di Dataran Raba’ah al-Adawiya disusun rapi pihak tentera dan polis termasuk komando skuad 777.


“Operasi gempur dan bunuh ini dilakukan dari segenap penjuru termasuk helikopter tentera Mesir. Mereka menembak gas pemedih mata sebelum menghujani puluhan ribu penyokong Mursi dengan peluru hidup.

“Kebanyakan mangsa ditembak mati atau hilang penglihatan selepas mata mereka dimasuki gas pemedih mata. Malah, keadaan dataran yang dipenuhi asap putih dari gas itu menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut,” katanya.

Menurutnya, bala tentera disokong polis kemudian melepaskan tembakan bertalu-talu tanpa belas kasihan lebih 30 minit. “Walaupun ada antara penyokong Mursi yang membaling batu dalam usaha menghalang kemasukan pihak keselamatan Mesir ke dataran itu, namun dibalas dengan tembakan raifel automatik AK-47 dan senapang patah,” katanya.


Ahmad berkata, kebanyakan mangsa yang ketika itu berkumpul di ratusan khemah sepanjang laluan ke Dataran Raba’ah al-Adawiya tidak diberikan amaran sebaliknya diserang daripada segenap penjuru.

“Malah, kemunculan pasukan penembak hendap polis yang bersembunyi di atas bangunan di sekitar Dataran Raba’ah al-Adawiya menyebabkan semakin ramai penyokong Mursi yang terbunuh.
“Bunyi tembakan dan jeritan berlaku hampir 30 minit sebelum pasukan keselamatan dibantu jentolak berjaya menawan Dataran Rabaah al-Adawiya.

“Ketika itu, ramai mangsa yang mati serta cedera parah diusung ke Hospital Universiti Ain Shams dan Hospital Medani berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, pensyarah psikologi Universiti Al-Azhar, Hassan El-Said, 26, berkata, tentera membakar khemah penyokong Mursi tanpa menghiraukan kanak-kanak dan wanita yang berlindung di dalamnya. Dia yang berada di lokasi kejadian berkata, tentera turut membakar pentas penyokong Mursi dan masjid Raba’ah al-Adawiya yang dijadikan benteng terakhir kepada penyokong Mursi untuk berlindung.

“Malah, dewan masjid yang dijadikan hospital sementara bagi merawat penyokong Mursi turut dibakar bersama bekalan ubat-ubatan di dalamnya.

“Mereka (tentera dan polis) benar-benar zalim menyamai tentera Zionis.

“Darah dan mayat berada di mana-mana. Tentera dan polis meraikan kejayaan menawan dataran ini yang menjadi lokasi utama lebih dua juta penyokong Mursi berkumpul setiap malam di situ,” katanya. 
- myMetro

Pesanan Sayyiduna Rasulullah SAW : "Apabila bertembung dua orang mukmin dengan senjata di tangan mereka, pembunuh dan yang dibunuh akan mendapat balasan neraka".......

LIHAT VIDEO BERIKUT : 





Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan As Sisi dan kuncu-kuncunya. Penyokong Dr. Morsi yang tidak bersenjata ini hangus dibakar sehingga syahid! Kemenangan akan sentiasa berpihak pada org2 yang benar. Kesombongan dan keangkuhan mereka hanyalah seketika, sama spt Firaun yang pernah berkuasa di bumi Mesir suatu ketika dahulu. Nantikan sahaja pembalasan dan azab bagi manusia2 yang berbuat kezaliman.

No comments: