Friday 16 August 2013

LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH BELASAH TEMAN WANITA DENGAN TUKUL


tukul
SEREMBAN – Seorang peniaga kepak ayam dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanita dengan tukul besi di sebuah rumah di Taman Jasper Jaya, Sabtu lalu.
Sion Khong Poh, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, Khong Poh didakwa dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, di No 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya, di sini, kira-kira 8.30 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin menawarkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu wang jaminan dikurangkan.
Mohamad Izwan kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,200 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 4 Oktober depan.
Sebelum ini, media melaporkan wanita terbabit dipukul sehingga menerima 30 jahitan pada kepala. – SH

No comments: