Saturday 17 August 2013

BUDAK PEREMPUAN DIDERA IBU KANDUNG BODOH NAK MAMPUS...!!!

KESAN luka pada badan kanak-kanak dipercayai didera ibu kandungnya dan kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.

SEBAK tiba-tiba tatkala admin melihat kesan-kesan luka dan kecederaan pada badan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan didera ibu kandung sendiri, seperti gambar yang dipaparkan. Sampainya hati seorang ibu memperlakukan anak kandung sendiri yang masih kecil itu sedemikian rupa.  Apakah tidak ada sekelumit pun rasa kasih, sayang, belas kasihan apabila mendengar jeritan, raungan dan tangisan ketika kanak-kanak itu sedang mengalami kesakitan?  Hati binatang apakah yang dimiliki oleh ibu durjana itu? Sedangkan binatang pun sayangkan anak-anaknya...sentiasa melindungi anak-anaknya. Salah apakah kanak-kanak itu lahir ke dunia...? Salah ibu mengandung..? 


IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dipercayai didera ibu kandungnya.

Kesan calar akibat dipukul pada seluruh badan itu disedari seorang doktor, Mohd. Shafwan Adnan semasa merawat kanak-kanak terbabit di HRPB pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, doktor terbabit kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu.

“Mangsa dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak berusia lima tahun berketurunan Cina.

“Semasa merawat kanak-kanak itu, doktor berkenaan mendapati mangsa didera oleh ibunya berdasarkan luka akibat pukulan rotan di seluruh badan dan kepala,” katanya di sini semalam.

Ujar Chang Keong, mangsa dipercayai didera di rumah mereka di sini.

“Kanak-kanak terbabit kini dirawat di ICU dan siasatan kes ini masih dijalankan,” katanya.

Katanya, ibu kanak-kanak terbabit telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera. - Kosmo 17 Ogos 2013

No comments: