Saturday 17 August 2013

PDRM SELAMATKAN PENDAKWAH SUNNI DARI DICULIK PERISIK IRAN...???

Tahniah PDRM!: Selamatkan Ulamak Sunni Dari Diculik Perisik Iran - Terbakor

Akhuna Hamid Ali Muhammad, (gambar), individu yang diburu oleh skuad khas yang dihantar khas oleh Kedutaan Iran untuk membawa pulang Hamid ke Iran. Seorang individu yang aktif dalam dakwah sunnah, pernah di penjara di Iran sekitar 2006 kerana menubuhkan sekolah Imam Bukhari di Iran, beliau juga seorang yang aktif berdakwah kepada rakyat Iran melalui internet atas rasa tanggungjawab beliau menerangkan kesesatan agama Syiah di Iran. Atas sebab itulah dia diburu oleh pihak Iran.

Beliau telah diekori oleh perisik khas di Iran sejak minggu lepas sehingga dapat dikesan bertugas di MEDIU. Merupakan pelajar peringkat PHD di MEDIU. 
Kronologi:
17/10 : MEDIU mendapat panggilan dari seseorang yg mengaku dari Kedutaan Iran dan meminta maklumat tentang Hamid
18/10 : Meminta Hamid menghubungi kedutaan Iran. Hamid menghubungi individu itu dan meminta Hamid ke Kedutaan Iran atas dasar kerjasama untuk membawa pelajar Iran ke Msia.
20/10 : Sepatutnya Hamid ke kedutaan tapi atas nasihat rakannya di UK, beliau membatalkan hasrat itu.
20/10 : Pada malam setelah Hamid tidak datang, sebuah kereta hitam lengkap dengan cermin hitam meronda-ronda di kawasn perumah Hamid yg lama. Mereka telah bertanya kepada jiran-jiran di mana Hamid tinggal dan maklumat yg lain turut ditanya..
22/10 : Mereka dihantar ke MEDIU, menunggu dan mengawal sehingga di pejabat Pentadbiran MEDIU. Seharian mereka menyiasat dan memantau pergerakan Hamid.
23/10: Sekumpulan perisik dihantar dipercayai 4 orang, untuk membawa Hamid, dan mereka enggan berganjak dan beredar selagi tidak dapat berjumpa dengan Hamid. Lalu pihak pentadbiran MEDIU menghubungi pihak polis dari Bukit Aman, dan memberkas 2 dari mereka dan dibawa ke IPK Shah Alam.
Mereka kemudiaannya diikat jamin dari pihak kedutaan, memandangkan mereka tidak membawa segala jenis dokumen. setelah disiasat, pasport mereka tertulis ” ASSIGNED TO A MISSION “..ditugaskan untuk misi..misi memberkas dan membawa HAMID utk diadili…Kita doakan agar akhuna Hamid dilindungi Allah dalam usahanya membantu dan berjihad di agama Allah. Terima kasih kepada PDRM yang byk membantu dalam menyelesaikan usaha jahat mereka. Kini Hamid adalah pelarian Iran, dan berlindung di bawah UNHCR.
Oleh Ustaz Fauzan, pensyarah MEDIU (University al Madinah)
Doa keselamatan dan perlindungan dari kalian amat dperlukan. Semoga beliau sentiasa dilindungi oleh Allah dari TENTERA DAJJAL!
AWAS RAKYAT MALAYSIA…
Artikel ini adalah sumber dari page : Ayuh Sepakat Tolak Syiah
Tahniah PDRM kerana bertindak pantas dan cerdik dalam menumpaskan kegiatan Syiah di negara kita, Sesungguhnya pengorbanan anggota PDRM tidak ternilai harganya. - terbakor

No comments: