Thursday 4 July 2013

WOW !!! JURUTERBANG WANITA TUNGGAL PESAWAT TEMPUR PAKISTAN YANG BERTUDUNG...!!!


Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur.


Beliau merupakan satu-satunya juruterbang pesawat tempur wanita di dalam Tentera Udara Pakistan .


Sepanjang sejarah Tentera Udara Pakistan yang terdapat 19 orang juruterbang wanita tetapi kesemuanya bertugas sebagai pemandu pesawat kargo dan menjadi jurulatih. Ayesha Farooq memecahkan dominasi lelaki ini dan tambah menakjubkan beliau masih boleh melakukan tugas dengan berhijab. 



Ayesha kini bertugas di pengkalan tentera Mushaf dan menerbangkan pesawat tempur F-7PG buatan China .


Beliau ditugaskan melakukan rondaan udara bagi mencari tentera Taliban yang cuba menyelinap masuk ke Pakistan .


Semasa menyatakan hasrat mahu menjadi juruterbang pesawat kepada ibu beliau 7 tahun yang lalu, Ayesha menerima tentangan hebat.


Tetapi kini beliau bangga menjadi contoh kepada wanita Pakistan yang cuba melarikan diri dari stereotaip. 



Admin : Kat Malaysia ada..??? 

No comments: