Permainan siapa penulis dan siapa yang membiayai Sarawak Report akhirnya terbongkar apabila penulisnya Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak siang tadi.
Portal Sarawak Report terkenal dengan fitnah dan tohmahan terhadap keluarga Ketua Menteri Sarawak dan pemimpin BN juga mereka yang bersekongkol dengan BN dan Kerajaan Negeri Sarawak. Lebih memburukkan keadaan, penulisnya sanggup memutarbelitkan cerita dan mengapi-apikan cerita yang tidak benar dengan harapan ianya akan menggoncang Sarawak dan BN.
Penyenaraian hitam Clare Rewcastle Brown telah mengkecohkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sehingga memaksa Naib Presiden PKR Sarawak yang juga ADUN Batu Lintang, See Chee How datang dan mententeramkan keadaan.
Persoalan ketika itu, kenapakah See Chee How? Apakah kaitan Clare Rewcastle Brown dengan See Chee How dan PKR Sarawak?
Berdasarkan video yang dimuat naik Malaysiakini, Clare Rewcastle Brown datang dari Britain dan tiba di LTAK dari Singapura pada jam 1.15 petang Rabu (hari ini). Sebaik sahaja tiba di LTAK, pihak imigresen telah mengeluarkan notis penolakan Clare Rewcastle Brown dari memasuki Sarawak.
Akibat daripada tindakan undang-undang, maka Clare Rewcastle Brown telah diusir pulang menggunakan penerbangan ke Singapura yang berikutnya pada pukul 3.40 petang.
Clare Rewcastle Brown berkata, beliau mahu memasuki negeri itu untuk berjumpa dengan peguamnya berhubung tindakan saman yang difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Mei.
Difahamkan, peguam yang mewakili Clare Rewcastle Brown dalam kes saman tersebut adalah Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak.
“Saya datang dalam usaha untuk melindungi diri saya dalam kes ini. Tetapi saya diberitahu bahawa saya telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak,” katanya dalam satu video temu ramah yang dirakamkan oleh Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How yang menemuinya di lapangan terbang.
Berdasarkan video tersebut jelas bahawa dan menunjukkan penulis-penulis Sarawak Report mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin-pemimpin PKR. Jika selama ini mereka menafikan hubungan dengan Sarawak Report dan hari ini mereka tidak dapat lari dari kenyataan bahawa PKR Sarawak mempunyai hubungan terhadap penulis Sarawak Report. SUMBER
No comments:
Post a Comment