Wednesday 26 June 2013

DAP ORGANISASI GANGSTER - JENICE LEE


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee hari ini menyindir bekas partinya, DAP sebagai sebuah organisasi gangster.


Sindiran itu dibuat melalui status Facebook milik beliau.

Walaupun tidak menyebut DAP secara langsung, namun Jenice diketahui sedang marah dengan parti itu apabila beliau digugurkan keahlian kerana bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Beliau yang menyertai DAP pada 2001 telah membawa isu pemecatannya itu ke mahkamah.

Menurutnya, apabila sebuah organisasi tidak mematuhi undang-undang dan peraturan, maka ia sudah berubah menjadi sebuah pakatan gangster.

“Bagaimana boleh sebuah kumpulan gangster mentadbir masyarakat,” soalnya.

Beliau memberikan peringatan kepada parti berkenaan bahawa tidak semestinya semua orang akan bersetuju sepanjang masa dengan kehendak kepimpinan parti.

“Dan adalah tidak betul untuk mensabotaj usaha orang lain hanya kerana dia tidak bersetuju dengan anda,”.

Beliau secara sinis menujukan nasihat kepada kepimpinan parti agar membaca Perlembagaan parti sebelum bertindak. ~mynewshub

No comments: