Tuesday, 11 June 2013

AHLI PARLIMEN BAKRI LANGGAR DISIPLIN DAP....???


KUALA LUMPUR : DAP menegaskan akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa kerana melanggar disiplin parti ekoran hadir ke taklimat Parlimen yang diboikot PR, hari ini.

Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubungan kehadirannya pada taklimat pagi tadi.
 
"Kita akan paggil dia secepat mungkin, dalam tempoh dua tiga hari ini.
 
"Dia telah langgar disiplin, kita akan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
 
Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 hari ini, selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
 
Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.
 
Bagaimanapun, pagi tadi, Teck Hwa telah menghadirkan diri pada taklimat tersebut dengan alasan beliau mahu mendengar syarat-syarat yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
 
Teck Hwa juga menegaskan, kehadirannya kerana merasakan sesi hari ini adalah penting.
 
Dalam pada itu, apabila ditanya kemungkinan Teck Hwa tidak dimaklumkan, Loke yang juga ahli Parlimen Seremban menolak kemungkinan tersebut.
 
"Kita sudah putuskan memang kita boikot hari ini," katanya   -  SinarHarian

No comments: