PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Iran Mohammad Khatami hari ini meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membentuk sebuah pasukan petugas bagi mengkaji secara mendalam perpecahan yang berlaku antara puak Sunnah dan Syiah.
Dalam rayuan bersama yang bertujuan menamatkan keganasan dan pertumpahan darah antara kedua-dua puak itu, dua pemimpin terkemuka tersebut berkata pasukan petugas berkenaan mungkin dapat mengemukakan cadangan konkrit untuk diambil tindakan oleh para pemimpin ummah dan politik berhubung perkara itu.
Dr Mahathir berkata hasrat beliau adalah semata-mata untuk melihat keganasan dan pertumpahan yang berlaku antara puak itu, dihentikan.
"Saya tak ada agenda yang terlalu besar seperti untuk menyatukan umat Islam kerana saya berpendapat tugas itu boleh diserahkan kepada orang lain.
Tapi, biar apapun perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, janganlah sampai membunuh satu sama lain," katanya kepada pemberita sebelum melancarkan Rayuan Bersama itu, yang dibuat untuk julung kalinya oleh dua negarawan terbabit di bangunan Yayasan Keamanan Global di sini.
Khatami diwakili penasihat khasnya Dr Ali Khosroo, manakala presiden International Movement for a Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar juga turut hadir pada sidang akhbar itu.
Rayuan Bersama itu, yang akan disiar secara dalam talian dalam lima bahasa - Melayu, Inggeris, Arab, Urdu dan Perancis, antara lain mengandungi rayuan kepada individu dan kumpulan masyarakat sivil yang prihatin dari seluruh dunia supaya bersama-sama menyertai usaha tersebut.
Dr Mahathir, yang komited untuk menamatkan sengketa antara dua puak itu, berkata umat Islam, tanpa mengira mazhab dan doktrin, perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan perdamaian.
"Bagaimanapun, ketika ini, kita tidak boleh mendakwa demikian apabila kita berperang sesama sendiri. Atas sebab inilah saya sependapat dengan Dr Khatami, seorang pengikut Syiah, membuat rayuan ini kepada saudara seagama kita, tidak kira daripada puak Sunnah atau Syiah, agar kita sekurang-kurangnya dapat hidup bersama secara aman dan bersama-sama menangani bahaya yang sedang kita hadapi," katanya.
Ps: Bayangkan. Rakyat dunia terutamanya dikalangan umat Islam sendiri sedang berlumba - lumba untuk bersatu tanpa mengira fahaman masing - masing.
Tapi di Malaysia lain pulak ceritanya. Hanya sebab berbeza pandangan dalam Politik dan berlandaskan dendam kesumat, Perpaduan Ummah pun dilupakan.
Itu la yang memalukan kita umat Islam di Malaysia ni. Datang dari satu sunnah pun masih nak bertelagah sesama sendiri.
Bertelagah kalau ada sebab yang kukuh, tahan jugak. Ini tidak. Hanya setakat berdendam menda kejadahnya!!!
No comments:
Post a Comment