Semalam ada satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang.
Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.
Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon PAS, Rosli Abdul Jabbar.
Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya luntur.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam. Sinar Harian
Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan nama oleh ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda kita untuk mencari jawapannya.
Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong namanya sebagai telah mengundi.
Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.
Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam ‘mendedahkan’ perkara tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya.
Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?
Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.
Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?.
Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama, elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi memastikan ketelusan.
Manalah tahu kot kejayaan PR memgumpul 89 kerusi Parlimen serta kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga tempohari mempunyai unsur sebegini.
*** Admin pun rasa macam ada yang tidak kena dengan budak ni..
Apa yang admin tahu ialah nama akan dipotong ketika pengundi menunjukkan kad pengenalan di Barong SPR dan petugas sementara SPR akan menyebutkan nombor siri pengundi dengan jelas dan nombor siri itu akan ditulis pada sekeping kertas yang telah disediakan samada di SALURAN 1, 2, 3....dan seterusnya. Proses di barong ini juga diperhatikan oleh petugas2 barong dari parti-parti yang bertanding di kawasan tersebut dan sekiranya petugas sementara SPR tidak memotong nama, petugas barong dari parti2 yang bertanding boleh melihat dengan jelas!!! Bila pengundi membawa masuk kertas berserta kad pengenalan ke dalam bilik mengundi pada SALURAN seperti yang dicatatkan, sekali lagi nama pengundi bersama nombor siri akan disebut dengan jelas dan petugas SPR di dalam bilik mengundi akan memotong nama anda. Proses ini diperhatikan oleh Polling Agent dari parti2 yang bertanding.... Setiap nombor siri yang disebutkan akan dicatatkan oleh polling agent dan setiap 2 jam sekali polling agent akan membawa keluar nombor2 siri yang dicatatkan untuk diserahkan pada petugas2 IT terlatih untuk daftarkan nombor2 siri tersebut ke dalam sistem. Sekiranya terdapat nombor2 siri yang telah didaftarkan sebelum ini maka, akan terpapar notification bahawa sipolan telah pun keluar mengundi pada waktu sekian-sekian....
*** Apabila pengundi telah memangkah (atau tidak) kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti2 undi (DUN dan Parlimen) yang disediakan. Proses ini akan diperhatikan oleh petugas2 sementara SPR... dan petugas2 ini lah yang akan memastikan kertas undi telah masuk ke dalam peti undi yang transparent! Jadi mcm mana leh timbul kes KERTAS UNDI BERJAYA DI BAWA KELUAR...!!!
*** Dalam kes mamat tu (lupakan pasal dakwat kekal - kerana telah hilang apabila dibasuh), adakah namanya tidak dipotong di Barong SPR sehingga beliau boleh lepas ke dalam saluran Bilik Mengundi... dan namanya masih tidak dipotong ketika beliau mula2 masuk ke Bilik Mengundi....dan adakah petugas2 IT tidak menyedari ada nombor2 siri yang telah didaftarkan secara berulang..????
*** TETAPI ADA KEMUNGKINAN..... pengundi tersebut membawa kertas undi dari luar!!! (Nak masuk or keluar pusat mengundi bukannya di periksa/diraba seluruh badan pun) Maksudnya... sebelum beliau mengundi ada pengundi telah mmbawa keluar kertas undi kosong.... kertas undi yang kosong ini akan diserahkan (secara rahsia) kepada pengundi yang akan masuk mengundi (tetapi telah ditandakan terlebih dahulu parti pilihan mereka), jadi, kertas undi yang mereka masukkan ke dalam peti undi adalah kertas undi yang datang dari luar (yang telah ditanda terlebih dahulu) dan kertas undi yang ada pada mereka dibiarkan kosong dan dibawa keluar dan proses tersebut akan berulang.... sbb itulah petugas2 sementara SPR tidak menahan mereka kerana mereka semua membuang undi ke dalam peti undi..!!! Cara bagaimana kertas undi tersebut di bawa keluar oleh ORANG PERTAMA yang berbuat demikian tidak lah pula diketahui jika proses seperti yang disebutkan awal tadi telah dipatuhi....!!! Psstt....t... dgr citernya cara ini telah digunakan oleh puak2 PR semasa PRU12 dulu.... dan kini mereka praktikkan lagi.... Betul Ke?
*** ATAU.... BERKEMUNGKINANKAH SEMUA PETUGAS2 SEMENTARA SPR ITU ADA KOMPLOT UTK BERBUAT DEMIKIAN...??? Maklumlah petugas2 sementara tu pun hampir kesemuanya adalah penjawat2 awam dan mereka juga ada parti pilihan mereka sendiri (mereka telah menjalani undi POS terlebih dahulu sebelum hari mengundi sebenar). Dan sebagaimana yang khalayak ketahui.... bukan sedikit penjawat2 awam (terutama guru-guru) yang cenderong kepada puak pembangkang..!!!
Fikir2kan, renung2kan.... jika perlu buatlah penyelidikan matematik...!!!!
No comments:
Post a Comment