Wednesday, 22 May 2013

GERAKAN BLOGGER PRO-KERAJAAN TERKONTANG-KANTING...???


Betulah kata Tun Mahathir...Yang selalunya "Pakatan" dikaitkan dengan gerakan2 subersif dan jahat.
 
Mereka amat tersusun...
 
Propaganda mereka berterusan...Kekadang tak terjangkau oleh akal..
 
Lagu "Sabah Hilang".
 
Pencerobohan Pengganas Kiram.
 
Propaganda sebelum PRU 13, menuduh SPR bakal menipu.... Bakal memenangkan BN....
 
Tanam bendera warna-warni...
 
Hari PRU dan 1-2 hari Pasca PRU pun dah keluar di blog2, FB dan Twiter bermacam2 shot video dan foto2 kononnya ramai Bangla ditangkap kerana mengundi dalam PRU 13...
 
Rakaman video dan foto2 kononnya berlaku blackout semasa pengiraan undi...
 
Undi lebih sekali...
 
Diikuti dengan rapat2 umum "Blackout 505" di segenap pelusuk negara, seruan merusuh di jalanan dan berbagai2 lagi...
 
Propaganda mereka sememangnya tersusun...dengan "Red Bean Army", bloggers dan cyber troopers dll..
 
Mungkin mereka sememangnya mendapat nasihat dan tunjuk-ajar daripada CIA/Mossad, sebab itulah tindakan mereka memang selalunya satu langkah di hadapan.
 
Dalam PRU 12 dahulu mereka menggunakan pendekatan fitnah dan menyerang peribadi pemimpin2 BN. Ketika itu Umno/BN tidak mempunyai cyber troopers... Semua fitnah yang ditabur sama ada tidak berbalas ataupun dijawab... Akibatnya rakyaat yang telah diracuni pemikiran mereka bahawa media arus perdana tidak boleh dipercayai, menelan bulat2 fitnah2 yang dihamburkan.
 
Dalam PRU 13 pula, cyber troopers pro BN/Umno pula dilihat sibuk mendedahkan cerita2 perilaku seks pemimpin2 Pakatan Rakyaat malangnya rakyat telah muak dengan cerita2 sebegini.
 
Pakatan Rakyaat pula telah mengubah strategi mereka dan mensasarkan untuk menyerang SPR dan BN/Umno yang kononnya "menipu dalam PRU". Walaupun kerajaan2 negeri pimpinan PR tidak membawa banyak perubahan berbanding semasa di bawah pemerintahan BN, gerak-kerja dan propaganda mereka yang berterusan bukan setakat berjaya menyakinkan ramai Rakyaat Malaysia malah BN hampir2 boleh ditumbangkan jika tidak melalui PRU 13 tetapi oleh rusuhan jalanraya dan "Blackout 505".
 
Walaupun Blogger dan Cyber Troopers yang pro dan simpati kepada Umno/BN telah bertungkus-lumus cuba untuk mengimbangi propaganda mereka, penulis merasakan peranan kita tidak begitu berkesan dan sesuatu perlu dilakukan agar kita sekurang2nya dapat berada satu atau dua langkah di hadapan dan bukan sebaliknya.

KREDIT TO :  bumiyang

No comments: