Friday, 17 May 2013

MUDAHNYA.... PILIH WAKIL RAKYAT DENGAN HANYA LAMBUNG SYILING....


Agak-agak di Malaysia boleh jadi macam tu tak? Bila keputusan undian seri, kedua-dua belah pihak yang bertanding bersetuju untuk menentukan kemenangan dengan cara melambung syiling. Dramatiknya, dah lambung syiling pun masih seri jugak!!! Akhirnya, setelah lambungan sessi kedua dijalankan, maka pemenang pun diisytiharkan..... dan yang lebih menarik.... pihak yg kalah akur dan menerima kekalahan lantas berjabat tangan mengucapkan tahniah kepada yang menang..... TIDAK ADA DEMONSTRASI HITAM, KUNING OR JALANAN MEMBANTAH KEPUTUSAN...!!!! 

Berlaku di mana?.... Lihat berita berikut :
Manila : Pemenang pemilihan pemimpin sebuah bandar kecil di Filipina terpaksa ditentukan dengan melambung syiling selepas calon yang bersaing terikat dengan kiraan undi sama, kata pegawai pilihan raya semalam. 
Penyelesaian dramatik kepada pertandingan di San Teodoro, bandar pertanian dengan penduduk 16,000 orang di tengah Filipina, diadakan dalam pejabat pilihan raya tempatan, dengan ahli politik melambung duit untuk menentukan nasib mereka.  
Mereka bersetuju melambung syiling, dengan calon yang mendapat bahagian kepala paling banyak dikira pemenang, kata ketua pilihan raya, San Teodoro, Reny Pagilagan. 

Muncul pemenang 
Beliau berkata, ketegangan berlaku apabila pertandingan pertama melambung syiling selama lima kali juga berakhir dengan seri, dengan kedua-dua ahli politik mendapat kepala, menurut Pagilagan. 
Anggota Parti Liberal yang memerintah, Marvic Feraren, muncul pemenang dalam pusingan kedua, mendapat dua kepala berbanding satu yang diperoleh pencabarnya.
Kedua-dua mereka menerima keputusan. Mereka bersalaman dan berpelukan, kata Pagilagan. 
Guna duit syiling
Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya Filipina menyatakan pertandingan pilihan raya yang terikat perlu diselesaikan menerusi undian dan duit syiling adalah kaedah yang boleh diterima. 
Pagilagan berkata, acara minggu ini pernah berlaku dan beliau mempengerusikan satu lagi lambungan syiling pada 2004 untuk menentukan pemenang kerusi lembaga majlis bandar berhampiran.
Lebih 44,000 calon bertanding untuk merebut 18,000 kerusi pada pilihan raya pertengahan penggal Isnin lalu, daripada jawatan di majlis tempatan hingga kerusi Parlimen.  AFP

No comments: