Friday 17 May 2013

JAIS TANGKAP KHALWAT PELAKON LELAKI TEMPATAN TERKENAL.....


SIAPAKAH PELAKON LELAKI ITU...... BACA HINGGA HABIS........

SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal hari ini.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan hari ini,
mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.
DAN.......
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pengesahan bahawa Shah Jaszle telah ditahan kerana berkhalwat. 

Shahrizal


Shahrizal2

No comments: