KARIMA (tengah) berdiri di dalam bangunan sebuah mahkamah di Milan semalam |
ROM - Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi pernah mengadakan parti di vilanya dengan melibatkan seorang wanita menari di sekelilingnya, kata keterangan seorang penari berketurunan Maghribi, Karima El Mahroug di sebuah mahkamah di Milan semalam.
Karima atau lebih dikenali sebagai Ruby si pencuri hati itu memberi kenyataan dalam satu perbicaraan di Milan membabitkan tiga pembantu Berlusconi.
Ketiga-tiga pembantu itu didakwa bersubahat menggalakkan pelacuran dengan melatih wanita untuk menyertai parti peribadi Berlusconi.
Para tetamu akan menjamu selera dan berpindah ke sebuah bilik besar yang dikenali sebagai 'bunga-bunga', kata Karima.
Bilik itu turut dilengkapi ruang untuk para penari menari tiang.
Penyanyi peribadi Berlusconi, Mariano Apicella akan memainkan beberapa buah lagu yang berbaur seks.
Menurut Karima, beberapa wanita lain akan menari di sekeliling tiang dan mendekati sebuah kerusi yang diduduki Berlusconi dalam keadaan seksi dan mengghairahkan.
Nicole Minetti yang merupakan seorang bekas ahli politik untuk parti politik Berlusconi akan menarik kostum yang dipakainya baju mendedahkan kaki sebelum pakaiannya ditanggalkan sehingga seluar dalam sahaja yang kelihatan.
Menurutnya, beberapa wanita lain turut melakukan perbuatan yang sama dengan tubuh mereka hanya memakai seluar dalam sahaja.
Karima yang kini berusia 20 tahun berkata, dia tidak pernah melihat sebarang sentuhan fizikal berlaku di antara Berlusconi yang berusia 76 tahun dengan beberapa tetamunya.
Berlusconi telah dibicarakan secara berasingan atas tuduhan membayar untuk mendapatkan khidmat seks daripada Karima ketika dia masih di bawah umur dalam parti bunga-bunga.
Perbuatan itu merupakan satu jenayah di Itali.
Menurut Karima, setiap kali kunjungannya ke parti bekas Perdana Menteri itu, Karima akan menerima wang tunai sebanyak 2,000 euro (RM7,750).
Menurutnya, dia turut diberikan wang tunai 30,000 euro (RM116,261) oleh seorang pembantu Berlusconi untuk digunakan bagi membuka sebuah pusat kecantikan.
- Agensi ( kosmo )
No comments:
Post a Comment