Sunday, 14 April 2013

MALAYSIA NEGARA ISLAM : RAKYAT PERLU TOLAK HOMOSEKSUAL SEBAGAI PEMIMPIN


Rakyat Malaysia yang majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam perlu mencontohi ketegasan Mahkamah Tinggi Singapura dengan menolak pelaku biseksual pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Singapura yang majoriti merupakan masyarakat Cina tegas menolak homoseksual, Malaysia selaku negara Islam perlu menunjukkan sikap serupa.

Katanya, jika rakyat silap membuat perhitungan pada 5 Mei nanti dengan memilih pelaku biseksual untuk menjadi pemimpin negara, tidak mustahil Malaysia bakal terjerumus ke dalam kancah masalah sosial kronik seperti di barat.

"Saya selamanya berpegang kepada hakikat bahawa biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri. Kalau saya seorang India berpendirian begitu, seharusnya orang Melayu beragama Islam perlu lebih tegas kerana ini perkara serius.

"Apakah kelak kita mahu melihat apabila pemimpin biseksual menjadi Perdana Menteri, negara ini mengiktiraf kelakuan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Apa akan jadi kepada masa depan anak cucu kita nanti?

"Selama lebih 30 tahun saya mengenali pemimpin ini dan semasa berkuasa hampir setiap minggu bersamanya termasuk ketika menjalankan aktiviti songsang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Singapura menolak satu kes yang difail pasangan gay untuk mencabar Seksyen 377A Akta Kanun Keseksaan yang mengharamkan perlakuan homoseksual, sebagai melanggar Perlembagaan negara tersebut.

Gary Lim Meng Suang, 44, dan Kenneth Chee Mun-Leon, 37, mendakwa diskriminasi orientasi seks menjadikannya melanggar Artikel 12 Perlembagaan yang menyatakan semua orang mempunyai hak sama rata.

Hakim Quentin Loh bagaimanapun berkata, berdasarkan sistem perundangan Singapura, Parlimen akan menentukan sama ada sesuatu norma sosial yang 'masih belum diperakui' perlu ditolak atau dikekalkan.

Dalam pada itu, Nallakaruppan memberitahu, beliau akan turun padang bagi menjelaskan kepada rakyat agar menolak pelaku biseksual kerana untuk menjadi pemimpin jelasnya seseorang itu mesti bersih moral.

1 comment:

Unknown said...

Ya Betul.Rakyat mesti tolak pemimpin;HOSEKSUAL,RASUAH dan PEMIMPIN TAQLID BUTA sebabnya kata ilmu usul fiqh rakyat akan tanggung rugi dan hidup rakyat hidup dalam dunia sia-sia.