Wednesday 10 April 2013

GANGSTER JUVANA LAN TODAK BELASAH KETUA KELAS SEDANG DIBURU...???

Post image for IZZAT SYAFIQ AKA LAN TODAK BAKAL MASUK JUVANA???

 Bak kata pepatung, kerana pulut santan binasa, kerana tolol badan binasa. Itulah yang mampu diperkatakan tentang gangster ala-ala Juvana si Izzat Syafiq (dikenali juga sebagai Lan Todak) and the gang.

Polis kini sedang mengesan semua pelajar-pelajar sekolah menengah yang beronok-ronok membelasah seorang pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang.


izzat+syafiq+gangster

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dirakamkan oleh salah seorang pelajar samseng itu dan video itu tersebar di Internet.

Polis Diraja Malaysia, menerusi laman Facebook rasminya, hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut supaya melaporkannya di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ini wajah sebenarnya.....



SUMBER : DI SINI


Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang masih memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain, dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah kelas.

Mangsa itu dilihat tidak melawan apabila seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu menyerangnya bertubi-tubi – menumbuk, menendang dan menyiku mangsa ala Tomoi.

LIHAT VIDEO BERIKUT  : 




Kejadian itu turut disertai oleh dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa. Salah seorang daripada mereka berbadan gempal.

Mangsa turut dipukul menggunakan objek keras dan pesta pembantaian itu hanya berhenti apabila seorang daripada anggota kumpulan itu meminta agar perbuatan itu dihentikan.

Dipercayai pembantaian (ini ayat paper kooo) itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa melihat mangsa dijadikan punching bag bagi kumpulan samseng itu.

Abis la ko Izzat Syafiq, pasnie kou pulak nak kene bantai dalam lokap tuh nanti…. tahun depan amik anugerah yea. Nie pulak facebook geng2 dia yang terlibat dalam aktiviti haram tu.


SUMBER

5 comments:

Anonymous said...

BODO

Anonymous said...

mnusie pengecot....wtf

Anonymous said...

spe perempuan sblah tu??sgt SANTEK...mk ai.....hahahahahahaha....pembuli yg sgt bodo...ingat kuat sgt kot....baru nk up...kotttt....ksian

Anonymous said...

Jgn bg budak 3 org ni aku nmpak....klu aku nampak mmg aku rembat..

Anonymous said...

Budak baru nk membesar biasala :)