Wednesday 10 April 2013

CUACA KOREA UTARA DIKAWAL OLEH KIM JONG II...!!!



Korea Utara yang kini sedang tegang dengan jirannya Korea Selatan terkenal kerana pemimpinnya yang tegas dalam memusuhi Korea Selatan dan Amerika. Disebalik kekerasan dan ketegasan bekas peminpin Korea Utara itu, Kim Jong II, terdapat beberapa fakta yang tidak didedahkan kepada umum.

1. Korea Utara mempunyai majoriti penduduknya yang tidak beragama. 23.9 juta penduduknya tidak dibenarkan menggunakan internet secara bebas. Kim juga menguatkan kedudukannya di mata rakyat dengan mewujudkan mitos bahawa dialah yang mengawal perubahan cuaca disana.

2. Kim lahir di kampung Vyatskoye Rusia pada 1942. Dalam catatan Rusia namanya ialah Yury Irsenovich Kim.

3. Kim merupakan penggemar filem dan memiliki lebih 20 ribu koleksi filem di rumahnya. Antara filem kegemarannya ialah Rambo, Friday the 13th, Godzilla, Flinstone dan The Eternal Bossom of Hot Love. Merupakan peminat setia Elizabeth Taylor. 

No comments: