Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin pembangkang yang memegang jawatan di peringkat DUN dan Parlimen selepas PRU ke-12 gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Akibatnya dalam PRU akan datang, penyandang yang mempunyai dua kerusi terpaksa mengorbankan salah satu daripadanya. Antaranya adalah Teresa Kok. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pula terpaksa berpindah kerusi kerana ditentang hebat oleh rakyat Ijok yang gagal Khalid beri khidmatnya selama dia berkuasa.
Pembangkang selalu mendabik dada dan mendakwa ramai pemimpin pelapis dan golongan profesional muda dalam kepimpinan mereka. Jika benar dakwaan mereka, mengapa pemimpin-pemimpin senior mereka perlu masih lagi bertanding dua kerusi serentak?
Malah pemimpin yang 'veteran' seperti ini pun akan bertanding lagi kali ini.
Sebagai penutup, MyMassa ingin bertanya kepada penduduk Putrajaya adakah anda memerlukan pemimpin TOUCH N GO atau pemimpin yang sememangnya menetap di situ serta terbukti memberikan sumbangan dan bakti kepada rakyat Putrajaya.
*Fikir-fikirkan. Jangan lupa yang pemimpin yang sama pun masih gagal tunaikan janji-janjinya di Kelantan.
SUMBER : MyMassa
No comments:
Post a Comment