Friday, 19 April 2013

ANWAR BAWA BALIK 'JAMBU' SIAM...???


KUALA LUMPUR 18 April - Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar mendakwa difahamkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa dua individu dari Thailand bagi membersihkan namanya dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam pelbagai isu.

Berikut adalah kenyataan penuh Fakhrul Azman:

1. Kita difahamkan Anwar akan membawa dua orang pelanduk dua serupa dari Thailand dengan seorang adalah untuk dirinya manakala seorang lagi untuk Setiausaha Agung Pas, bagi membersihkan nama mereka dalam pelbagai isu.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi dijadikan punching bag serta dikaitkan dengan konspirasi kononnya telah memfitnah dua pemimpin utama pakatan pembangkang ini.

2. Apakah pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menghadiahkan jam Omega dan seluar putih kepada rakyat dalam perkhidmatan mereka selama ini kepada rakyat.

Mereka wajar menjelaskan hal ini kerana rakyat mahu tahu apakah sumbangan mereka kepada rakyat sepanjang mereka menjadi ahli politik.

3. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu tampil sebagai ahli pimpinan tertinggi pakatan pembangkang menjelaskan perilaku pemimpin pakatan pembangkang atau menjelaskan sama ada bersetuju dengan hadiah jam Omega parti mereka kepada rakyat.

No comments: