Friday 8 March 2013

BINI SULTAN SULU AKUI MAYAT DALAM KUBUR BESAR ADALAH PENGIKUT LAKI DIA....!!!!


Awal hari ini Pakar Forensik Unit Amal PAS yang mempunyai 'kepakaran' tahap CSI (ehemmm..!) telah mendedahkan kononnya 9 mayat dalam lubang besar yang ditemui dalam Ops Daulat Lahat Datu adalah mayat anggota polis Malaysia. Lihat di sini .....

Tetapi hari ini... bini Sultan Sulu dengan berterus-terangnya telah mengakui bahawa mayat-mayat tersebut adalah merupakan pengikut-pengikut kesultanan itu yang terkorban di dalam pertempuran di Lahat Datu....

Sekarang... pakatan haram jadah Penipu Rakyat...apa kau rasa...???? oren kaaa.... hijau kaaaa...!!!!!!

Ikuti seterusnya.....



Isteri Sultan Sultan Jamalul Kiram III kesal dengan tindakan menggali kubur pengikut kesultanan itu yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu, dan berkata ianya bercanggah "dengan ajaran Islam".

"Apabila seorang Muslim meninggal dunia, dia sepatutnya dikebumikan dengan segera. Apa yang mereka buat, mereka menggali 10 mayat tersebut dan ambil gambar," kata Dr Fatima Kiram.

"Itulah yang menimbulkan kemarahan kumpulan (Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu yang mengetuai lebih 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah tersebut)".

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan kepada media gambar sembilan mayat ditemui dalam kubur di Kampung Tanduo, di mana kumpulan Azzimudie berkubu.

Gambar-gambar tersebut ditunjukkan selepas pihak media mengadu bahawa pihak berkuasa tidak menunjukkan hasil serangan pada hari Selasa, termasuk serangan udara terhadap kumpulan Azzimudie.

Pegawai keselamatan Malaysia kemudian berkata, mayat tersebut dipercayai pengikut kesultanan Sulu yang terbunuh dalam pertempuran lalu. mpp

No comments: