Sunday, 17 February 2013

( VIDEO ) BIBIK INDON YANG KEJAM.....



Seorang pembantu rumah di tahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya yang berusia empat bulan sehingga terjatuh berjaya dirakam melalui CCTV.

Majikan tersebut yang juga merupakan seorang peniaga berusia 42 tahun, membuat laporan polis selepas perbuatan pembantu rumahnya yang berusia 24 tahun itu disaksikan sendiri oleh beliau menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran pada pagi tersebut.


Perbuatan kejam pembantu rumahnya itu dilakukan di ruang tamu di rumah beliau yang telah dipasang CCTV dan disambungkan terus ke komputer ribanya. Bertindak atas apa yang disaksikan, beliau segera menghubungi jirannya agar membawa keluar anaknya dan kemudian bergegas pulang dan membawa anaknya itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menjalankan pemeriksaan dan didapati bayi tersebut mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kiri namun keadaannya dilaporkan stabil.



Peliknya...... Yang golongan pemimpin diatas pulak asyik tunduk kepada tuntutan yang diadakan untuk pekerja dari indonesia. Seharusnya kita perlu satu pulangan atau jaminan yang baik dari kerajaan Indonesia terhadap servis yang bakal diterima rakyat Malaysia.

No comments: