Sunday 17 February 2013

18SX : MELAMPIAS NAFSU BINATANG PADA LEMBU..!!!

HIASAN

Batu Pahat : Tindakan seorang warga asing yang cuba melampiaskan nafsu luar tabiinya terhadap seekor lembu di sebuah ladang di Sri Sulong, Parit Sulong di sini, membawa padah apabila niatnya disedari penternak lembu berkenaan sebelum ditahan.
Lelaki berusia 30-an itu dikatakan pernah ‘menyetubuhi’ lembu betina lain hingga mati dengan mengikat dua kaki belakang lembu betina bagi mengelak dia ditendang haiwan berkenaan ketika asyik ‘berasmara’. 
Penternak lembu Sukiman Ab Majid, 54, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi 11 Februari lalu. 

Menurutnya, ketika itu, dia meninjau keadaan haiwan ternakannya di kawasan benteng banjir di Ladang Sri Sulong, Pasir Sulong di sini.
Katanya, dia terkejut apabila melihat seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an berdiri berhampiran lembu betinanya. mymetro
***
Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

No comments: