Wednesday, 20 February 2013

( VIDEO ) : ANDA DITIPU OLEH 'ROYAL ARMY OF SULU SULTANATE'.....???


KECOHH BETUL LAHH...!!!

Semalam kecoh di blog dan Facebook kononnya rakaman insiden tembak-menembak di Lahad Datu telah tersebar malah amat mencuit hati apabila ada pembaca/tukang komen sepenuh masa melatah tidak tentu pasal dan mendakwa pihak tentera tidak buat kerja?

Amat menghairankan apabila ramai orang percaya bahawa video tersebut merupakan rakaman tembak-menembak insiden pencerobohan Royal Army of Sulu Sultanate di pasar awam Lahad Datu.

Apa yang pasti, rakaman tersebut merupakan RAKAMAN LAMA PADA TAHUN 2009! Kelakar bukan apabila kita bertegang urat dan saling mengkritik untuk video dimuat naik pada 4 tahun lepas?

Gambar sebenar rakaman video di You Tube

Nasihat saya, jadilah pembaca/tukang komen sepenuh masa yang bertanggungjawab dan serahkan hal insiden berkenaan ditangani oleh pihak berkuasa.  Anggota keselamatan kita di Lahad Datu tidak tidur malam dan bergadai nyawa  mengepung dan mengawasi kumpulan berkenaan tetapi amat menyedihkan apabila anda mengkiritik tugas mereka sewenang-wenangnya. Polis tidak buat kerja lah, askar tidak buat kerja lah.. 




Adakah anda seorang yang bertanggungjawab? Jelaskanlah pada mereka yang menyebarkan video berkenaan sesuka hati di alam maya.. Moga Allah S.W.T melindungi kesemua pasukan keselamatan kita yang terlibat daripada sebarang malapetaka dan bencana. Amin...

SUMBER SAHIH SEPENUHNYA..... askar setia

No comments: