Wednesday 20 February 2013

BERTUNANG HANYA SEMINGGU... FIZZ FAIRUZ RASA TERTIPU....


#02 Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz & Azlyn Mallesia - ROTIKAYA

Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.




“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”.

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”......


Inilah wajah.... AZLYN MASSIELA..... yang menipu dengan statusnya sebagai ISTERI ORANG tetapi melangsungkan pertunangan dengan FIZZ FAIRUZ......!!!

3 comments:

butterfly1974 said...

awat cerdiknyer tak siasat dulu ker sebelum tunang... kesian dgn amy dah lama menanti fizz fairuz tp akhirnya putus ditengah jalan...... apa punyer pompuan la dah khawin pun nak cari org lain lagi......

teja said...

agaknye die nak merasa naik pelamin..sbb dulu nikah kat thailand je....

Anonymous said...

ini mungkin ujian dari Ilahi buat Fizz..