Saturday, 23 February 2013

BIADAP !!! KURANG AJAR !!! PUAK PR PALSUKAN TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERAK...!!! CELAKO! CELAKO! CELAKO!


Nampaknya, puak pembangkang bukan sahaja berani memutar belit kenyataan pemimpin mana-mana parti politik.

Malah lebih dari itu, mereka turut berani memutar belit Titah DYMM Pemangku Raja Perak, Raza Nazrin Shah.

Perkara yang tidak dititahkan didakwa telah dititahkan oleh DYMM Raja Nazrin.

Mengikut mereka kenyataan terbabit diambil dari Haramkah Daily (lihat imej dibawah).




Untuk menguatkan cerita rekaan mereka, malah mereka juga turut melampirkan sebuah video dari youtube channel IMRtelevision.

Dengan harapan kononnya mengukuhkan dakwaan si pembuat posting tersebut, maklumlah... puak pembangkang ni pemalas nak mampos walau pun nak klik link video berkenaan untuk meneliti ucapan DYMM Raja Nazrin Shah.

Terbukti, video berkenaan tidak langsung menyebut mana-mana dari 8 perkara yang dinyatakan didalam poster diatas.

Untuk lebih clearkan diri korang, korang dengarlah sendiri link video yang diberikan oleh si malaun tu.


Sekarang, aku bagi korang teks ucapan Titah dari DYMM Raja Nazrin Shah dari sumber feldavoice.com;

Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah.
Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak.
Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat.
Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani.
Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik.
Penganjur wacana memilih istilah ummah.
Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali.
Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah.
Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isuperpaduan ummah di Malaysia; menjurus kepada isu perpaduan Melayusupaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata.
Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri.
Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu.
UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa.
Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat.
Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota.
Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu.
Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa.
Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber.
Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai.
Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu.
Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal.
Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang.
Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara.
Anak muda jangan dididik bersifat samseng.
Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas.
Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri.
Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa.
Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang.
Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis.
Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain.
Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur di hujung tanduk.
Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan gelagat politik yang keterlaluan.
Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang sedang berlaku.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan.
Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan. 
Sifat mempamerkan ‘kami kurang Melayu’ atau “‘we are less Malay”’ untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan.
UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu. 
Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke destinasi yang sama.
Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting, bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union.
Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan; pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia berputih tulang daripada hidup berputih mata.
Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah berlangsung di sini.
Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya, diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya.
Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152, terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang;
Malam itu di Balai Budaya 
Api dan Air Mata
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA’.
Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat.
Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ?
Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ?
Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah politik.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri.
Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya.
Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan.
Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu, Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan; begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan masing-masing.
Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan Nasional.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh pendirian institusi Raja yang tidak partisan.
Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili.
Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah.
Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab.
Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah.
Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana.
Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.

So, itulah tadi Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah pada Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada pukul 10.00 pagi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur.

Itulah titah sebenar DYMM Raja Nazrin Shah.

Cukup aku pantang kalau Titah Raja aku ni diputarbelitkan demi tujuan politik kotor dan sempit pembangkang !!!

Diharap, pihak berwajib sila ambil tindakan sewajarnya !!!

DAULAT TUANKU !!!


Kredit to : I4TT

No comments: