Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak
Mahkamah Tinggi di sini hari ini.Hakim
Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju
dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.
Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa
sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.
Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.
“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara
keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan
Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan. Sebelum itu hakim
menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk
mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan....
Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi
memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau
Panglima Tentera Laut. Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif
membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan
Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan. Sebelum ini Husammemfailkan saman ke atas blogger Papagomo
ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.
Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk
“Gambar ekslusif bakal MB
Kelantan pimpin tangan China doll” yang
disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas. Husam juga
mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang
lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com. Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel
bertajuk “Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”
Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata,
artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar
yang dikaitkan dengannya. Naib
Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap
perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan. Defendan terbabit
juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur. Bagaimanapun dalam satu
lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan
Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan
ditampilkan berada di luar negara.
Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar
negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.
Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap
defendan. Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan
kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000. - HARAKAHONLINE
No comments:
Post a Comment