Monday, 7 January 2013

PANASZZ !!! INILAH NASIB BLOGGER TERSOHOR PRO-KERAJAAN.......


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri. Hrkh



di sini  )

3 comments:

Anonymous said...

Yup nasib perjuang!!!
tapi musykil jugak la tak kan tak dak yang sudi membantu kut??
Mana dia UMB??Mana dia UMNO? dia BN???

terpikir jugak la sedang kan mahasewel yang ditangkap pun berduyun lawyer dari PR yang datang membantu...
otai macam nih pun orang tak tolong apatah lagi kalau yang picisan

Bicara Perjuangan said...

itu la risikonye..

dah tak ada ke peguam2 hebat yang nak menyebelahi kami yang sokong kerajaan ni...?

walaupun kami adalah pejuang yang tidak didendang (unsung hero)tapi rasailah kehadiran peranan kami....

Anonymous said...

Kenapalah nasib sudah tidak menyebelahi kita penyokong2 tegar KERAjaan BN sejak akhir2 nie...

Apa je isu yang cuba kita ketengahkan, pasti dipandang serong oleh parti pembangkang khususnya & rakyat Malaysia amnya..

Dulu masa kita bangkitkan pasal isu Guan Eng xbagi adakan sambutan Maulidul Rasul, at the end pihak kita gak yg kena saman pasal sebar fitnah..Malu betul rasanya bila non-Muslim saman kita berkaitan akhlak & budi pekerti nie..

Pastu bila kita hentam Mat Sabu pasal kes Bukit Kepong dia...at the end kita tetap dipandang serong oleh masyarakat Malaysia walaupun pelbagai hujah telah kita kemukakan termasuklah mengatakan negara kita Malaysia tidak pernah dijajah!!!

Kenapa? Kenapa? Mana pergi sokongan rakyat Malaysia terhadap BN yg tak pernah berbelah bagi selama nie...


DS Najib, TS Muhyiddin, dan para pemimpin UMNO sekalian, bersatulah..buatlah sesuatu agar parti kita kembali semula seperti dizaman era kegemilangan kita dahulu...

saya sangat sedih...rasa macam nak nangis...huuahhhhh...