Persoalan mengenai perkara itu timbul apabila salah seorang tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mendakwa melihat wanita terbabit, sembilan hari selepas mangsa didakwa dibunuh.
R. Kathavarayan 33, menyatakan kelibat Sosilawati itu dilihat di sebuah restoran di Tanjung Sepat dekat sini pada 7 September 2010 ketika hendak menaiki kenderaan seperti jip dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Bekas pekerja Ladang Gadong itu berkata demikian sewaktu pemeriksaan utama oleh peguamnya, Hasshahari Johari Mawi pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
No comments:
Post a Comment