Wednesday, 16 January 2013

PULAU PINANG AKAN TERIMA KETUA MENTERI MELAYU PR.....???


Sebuah blog pro Pakatan telah menulis mengenai kemungkinan P.Pinang bakal menerima Ketua Menteri dari bangsa Melayu selepas PRU13 nanti.

Yang menariknya, Ketua Menteri melayu tersebut bukanlah dari parti Umno, PKR ataupun PAS, sebaliknya penulis blog terbabit mendakwa Zairil Khir Johari bakal mengisi tempat tersebut selepas DAP mengekalkan kemenangan di itu pada PRU13 nanti.
"Akhirnya .. impian orang melayu Pulau Pinang mahu melihat negeri itu di-pimpin oleh seorang melayu akan menjadi kenyataan setelah berpuluh-puluh tahun bila Zairil Khir Johari adalah antara calun yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk diberikan jawatan itu (kerana Guan Eng akan ke pusat sebagai menteri) dan sudah semestinya dengan sokongan dan dokongan dari Guan Eng selepas PRU-13 nanti.

 Ini juga merupakan satu impian Guan Eng untuk merealisasikan apa yang orang melayu Pulau Pinang mahukan selama ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang seorang melayu.

 Zairil akan mengambil tempat menggantikan ADUN Pulau Tikus Koay Teong Hai pada PRU akan datang kerana Koay Teong Hai ini telah digantung keahlianya olih DAP selama 6 bulan kerana telah pergi ke US secara senyap-senyap tanpa memberitahu speaker DUN Pulau Pinang kerana satu urusan mencari 'lubang' berniaga. - btmmari

*** LGE nak di campak ke mana gamaknya...?? 

No comments: