Sunday 12 February 2012

PERUNTUKAN RM57.5 JUTA UNTUK PERAK......

MUHYIDDIN Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman bergambar bersama rakyat ketika Perhimpunan Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Teluk Intan, semalam. Turut hadir, Zambry Abd Kadir dan isteri, Saripah Zulkifli. - BERNAMA


TELUK INTAN 11 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan sehari ke Perak hari ini mengumumkan beberapa peruntukan yang kesemuanya berjumlah RM57.5 juta demi faedah rakyat di negeri ini.

Pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini, Muhyiddin mengumumkan kelulusan sebanyak RM30.846 juta dengan sebahagian besarnya untuk pembangunan pendidikan dan infrastruktur.

Sebanyak RM27 juta diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia di sini manakala RM800,000 pula bagi membina Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pangkor.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk menaiktaraf Jalan Sungai Manik-Changkat Jong manakala RM400,000 lagi bagi membina jeti nelayan yang baru di sini.

Turut hadiri, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan cek RM12.17 juta untuk Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ketika menghadiri Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam bersama kira-kira 3,000 warga pendidik di Ipoh, dekat sini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM14.5 juta kepada Sekolah Agama Rakyat yang menjalankan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (SAR KAFA).

Sementara itu, dalam ucapannya di SK Kampung Bahagia, Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang menyalahkan kerajaan di atas peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang.

Muhyiddin berkata, kerajaan mengambil banyak pendekatan termasuk melaksanakan skim kawalan harga yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan atau negara di dunia ini.

“Tidak ada negara di dunia ini yang laksanakan sistem skim kawalan harga. Kalau tidak percaya, tanya Perdana Menteri Singapura, sudah tentu beliau akan jawab mana boleh kawal harga sebab negara itu mengamalkan sistem pasaran terbuka.

No comments: