Gadis ini mungkin tidak menyangka bahawa video yang di'upload' melalui akaun Youtube miliknya, minggu lalu telah membolehkan pihak polis mencarinya dan beliau ditangkap. Seorang gadis bernama Hannah Sabata dari Stormburg, Nebraska, ditangkap oleh pihak berkuasa minggu lalu, berikutan videonya yang cenderung memuja dan mengagumi dirinya sendiri secara berlebihan mengenai jenayah yang berjaya dilakukannya.
Dalam video tersebut gadis yang kerap di panggil Sabata itu mengakui berbagai jenis tindakan jenayah yang telah Ia lakukan selama ini. Tidak berapa lama selepas video itu tersebar, maka Sheriff di wilayah York menangkap Sabata atas tindakan jenayah yang dilakukannya seperti merompak Bank Waco dan mencuri satu unit kereta Pontiac Grand Am di daerah York.
Sabata bukan sekadar bercerita mengenai jenaya yang dilakukannya, malah dia turut menunju-nunjukkan kunci kereta yang dicurinya dan juga menerangkan peralatan yang digunakan ketika merompak bank. Wang hasil rompakan tersebut berjumlah sekitar $6,256juga turut dipamerkan!.
***Gadis Melayu ada yg berani..???? Hehehe.....
No comments:
Post a Comment