Wednesday, 5 December 2012

REKAAN PERPUSTAKAAN YANG UNIK....




Perpustakaan awam yang cantik ini direka oleh sepasang arkitek yang menamakan diri mereka Helen & Hard. Nama tersebut di ambil sempena nama syarikat arkitek mereka yang beribupejabat di Norway. 


Nama syarikat perniagaan itu adalah hasil gabungan kedua arkitek tersebut, Siv Helene Stangeland (Norway) dan Reinhard Kropf (Austria). Perniagaan mereka telah berkembang sejak 1996 dan berjaya mempopularkan konsep rekaannya di beberapa negara di dunia ini.



Salah satunya ialah di negara tempat perniagaan ini dijalankan. Baru-baru ini mereka berjaya mereka sebuah bangunan perpustakaan modern dengan konsep bangunan minimal. Perpustakaan yang didirikan di pusat kota Vennesla, Norway, ini menggunakan kedua unsur di dalam pemilihan interiornya. Kedua unsur tersebut iaitu unsur perpustakaan dan juga unsur rumah.



Ianya dapat diperhatikan dari pemilihan 27 rangka kayu yang secara langsung terintegrasi dalam membentuk rak buku dan juga bangku. Konsep ini dilihat cukup unik kerana dapat menjimat penggunaan ruangan. Tetapi bukan sekadar itu sahaja, keunikan lainnya juga dapat diperhatikan dari pemilihan jendela yang diterapkan dalam perpustakaan ini. Helen & Hard menerapkan jendela-jendela lebar dengan tujuan untuk memanfaatkan tenaga di saat siang hari dan juga sebagai unsur penyeri agar pengunjung dapat terhibur dengan view disekitarnya.

No comments: