Friday, 7 December 2012

GLOBAL TERRORISM INDEX SAHKAN MALAYSIA AMAN DARI ANCAMAN MILITAN


KUALA LUMPUR  : Global Terrorism Index meletakkan Malaysia antara negara yang aman daripada ancaman militan iaitu di tangga ke-90 daripada 158 negara di dunia.

Menurut Pengarah Petugas Khas (Operasi dan Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Muhamad Fuzi Harun, laporan yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace dari Amerika Syarikat itu berdasarkan kajian serangan pengganas seluruh dunia bagi tempoh 2002 hingga 2011.

Kejayaan negara berada sebaris dengan negara yang kurang dari segi aktivitikeganasan adalah hasil kecekapan dan ketangkasan pihak risikan polis sertakejayaan menumpaskan kegiatan pengganas di negara ini, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.

“Kita kena ingat masalah keganasan ini bukan masalah domestik sebaliknya masalah antarabangsa, jadi inisiatif yang polis ambil selain memperkasakan unit risikan ialah kita sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis dari negara lain,” katanya.

Beliau menambah kerjasama erat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan aktiviti militan di negara ini dapat dikekang dengan baik.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan ATM terutamanya dalam bidang logistik, inipenting bagi kita untuk membawa suspek yang disyaki menjadi anggota kumpulanmilitan dengan bantuan logistik dari ATM,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata pemantauan dan tindakan yang diambil secara berterusanmelalui maklumat yang diterima menjadikan Malaysia mampu mengawal aktiviti militan di negara ini dengan sempurna.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula memberi jaminan aktiviti militan mampu dikekang di negara ini berdasarkan pemantauan dan risikan yang dilakukan oleh tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Malaysia tidak dapat lari daripada menerima tempias kumpulanmilitan berdasarkan faktor kumpulan pengganas menjadikan negara jiran sebagaitempat untuk merekrut anggota baharu.
“Namun di Malaysia, keadaannya terkawal dan sentiasa dipantau,” tegasnya.

Menurut laporan Global Terrorism Index yang dikeluarkan pada Rabu, untuk tempoh 10 tahun sejak 2002, Malaysia hanya mencatatkan enam insiden militan iaitu dari tahun 2008 sehingga 2010.

Laporan itu menyebut tiada aktiviti militan di Malaysia pada 2011 dan pada 2002 sehingga 2007.

Pada 2010 tiga kes pengganas dilaporkan berlaku di negara ini yang tidakmelibatkan kerosakan harta benda, kecederaan dan kematian.

Pada tahun itu polis berjaya menghalang cubaan meletupkan kuil di Batu Caves, Selangor dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang serta menahan sembilan warga asing dan seorang warga tempatan kerana terbabit dalam aktiviti pengganas antarabangsa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 2009, hanya satu insiden pengganas dilapor dan melibatkan satu kecederaan, manakala pada 2008 hanya dua kes kegiatan pengganas dilapor, melibatkan kerosakan kepada harta benda tanpa mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Laporan itu yang dikeluarkan untuk menepis tanggapan silap dan membantu usaha menangani keganasan di peringkat antarabangsa, mencatatkan kedudukan 158negara berdasarkan jumlah insiden keganasan, jumlah kematian akibat keganasan,jumlah kecederaan akibat keganasan dan anggaran kerosakan harta benda akibatkeganasan.

Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India adalah antara negara yang paling teruk menerima kesan akibat keganasan dan militan.

*** Ancaman yang sebenar adalah dari rakyat Malaysia sendiri yang ingin menumbangkan kerajaan melalui JALANRAYA, LGBT dan Kristian...!!!!

No comments: